2023-05-22

Tajuk
SEMINAR ICT SEKTOR AWAM NEGERI SABAH 2014 PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tema
PEMERKASAAN ICT ASAS PEMANTAPAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM
Huraian
Seminar ICT ini dilaksanakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah
(KKTP) bersama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) khas untuk memberi
kesedaran dan pendedahan yang berterusan terhadap pembaharuan dan penambahbaikan
dalam penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri yang dilaksanakan melalui ICT di Pihak
Berkuasa Tempatan.
Sukacita dimaklumkan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri
Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.
Tarikh : 29 April 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Tun Sakaran, Tabung Haji Hotel, Kota Kinabalu
Masa : 08.00 pagi hingga 5.00 Petan